Mahir Masak Kelas 7

22 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 21 Disember 2024 telah diadakan Mahir Masak Kelas 7 Sesi kedua yang telah di laksanakan secara dalam talian di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas pada kali ini adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara untuk membuat surat jika tidak hadir kelas dan memuat naik surat tersebut di laman Mahir Training System (MTS). Selain itu, pada kelas kali ini para peserta telah diberikan penerangan berkaitan dengan penyediaan minuman Mocktail. Peserta telah diberikan penerangan berkaitan dengan bahan-bahan yang diperlukan dan alatan yang digunakan bagi penyediaan Mocktail ini. Diakhir kelas ini, peserta telah dapat memahami cara untuk membuat surat jika tidak hadir dan mengetahui cara penyediaan minuman Mocktail.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali